05 February 2015

Lim Mee Fang A.k.a Lim

Lim Mee Fang sebenarnya bukan member kumpulan Adik-Beradik. Tetapi aku sangat mengalu-alukan Lim sebagai sebahagian daripada kumpulan ini kerana semua member kumpulan aku sememangnya sudah lama kenal Lim.

Lim adalah rakan sebilik aku yang terbaik selama 4 tahun. Lim juga rakan sekursus aku yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu pengetahuan yang diperolehnya dengan aku. Aku sangat selesa setiap kali bersama Lim kerana Lim satu-satunya yang sangat memahami aku. Kami sering berkongsi masalah masing-masing sebagai peluah dan pendengar. Oleh sebab itu kami masih berkawan baik walaupun kami bukannya kerap berjumpa.



Lim cantik, kan? He he

Lim, terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku selama ini. Jasa dan budimu takkan dilupai buat selama-lamanya. Aku sayang kau tau!