05 February 2015

Kursus Intensif 2014/2015

Merupakan tahun terakhir bagi kumpulan aku setelah 4 tahun berjuang bersama-sama. Kursus intensif kali ini berjalan selama 15 hari iaitu 21 Januari hingga 4 Februari 2015 di Pulau Pinang. 

Kali ini paling mencabarkan apabila kumpulan aku semakin kurang rapat seperti dulu. Semua sudah mula renggang sejak tahun ketiga lagi. Aku faham sebab kami masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Tugasan berkumpulan semakin lama, semakin terhad jumlah kuota ahlinya. Semakin susah jadinya. Bunyinya sedih, kan?

Kali ini juga aku telah memutuskan untuk melanjutkan satu tahun lagi di PJJ USM. Pendek kata, aku tidak akan bergraduasi bersama mereka lagi pada bulan Oktober atau November ini. Namun, aku pasti datang meraikan kejayaan member kumpulan aku iaitu Siti, Mas, Fairuz dan Zizan. Tidak lupa rakan sebilik aku, Lim sekali.

Kepada kumpulan Adik-Beradik, 
Selamat berjaya! ;)