Sebaik selesai menduduki peperiksaan berterusan JKA 101 pada 4 Februari 2012, aku dan rakan sebilik, Lim terus balik ke desasiswa. Tiba-tiba menerima mesej daripada Ijam. Ijam mengajak aku dan kumpulan kami ke Batu Feringgi. Sudahlah suasana yang tenang menjadi kelam-kabut. Makan pun tergesa-gesa. :P
Fairuz, Ijam, Zizan
Mas, Chai Yun, Siti
Bergambar di depan The Ship
Gambar tercantik!
Shopping sakan! Aku tak membeli apa-apa sebab aku tak berkenan pada mana-mana barangan. Tiba-tiba saja dapat sehelai baju yang sama dengan Mas dan Siti pulak. Terima kasih Mas dan Siti atas hadiah baju itu.
Pecahlah rekod dalam hayat aku! Pertama kali aku balik pada jam 3.30 pagi! Biasanya aku balik sebelum jam 2 pagi. Syok la.....
Terima kasih kepada Ijam kerana membawa kami jalan-jalan di Batu Feringgi dan Queensbay. :)