Dua bulan selepas menerima surat tawaran belajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Sains Malaysia (USM), aku melaporkan diri di USM pada hari pertama Orientasi PJJ 2011/2012 pada 5 Jun 2011.
Di USM, aku sentiasa bergerak secara bersendirian. Walaupun aku telah mempunyai dua orang rakan baru yang merupakan warga emas tetapi aku tetap lebih gemar bersendirian gara-gara status aku sebagai OKU bermasalah pendengaran.
Di dewan kuliah SK4.....
Seorang lelaki yang bernama Hasnizam Abu Hassan - Pulau Pinang (Ijam) dan rakannya di belakang aku telah menegur aku. Di situ bermulalah perkenalan antara kami. Apabila Ijam meminta nombor telefon daripada aku, aku enggan memberinya nombor telefon aku kerana aku tidak akan memberi nombor telefon aku kepada orang yang tidak dikenali ataupun baru dikenali. Diajukan satu soalan tentang Facebook, aku bersetuju untuk membenarkan Ijam untuk menambah aku sebagai rakan Facebook.
3 hari selepas hari orientasi berakhir, barulah aku menerima Ijam sebagai rakan Facebook. Tak lama selepas itu, aku bertanya kepada Ijam tentang kumpulan bagi subjek JKJ 104 Kaedah Penyelidikan. Aku memberitahu Ijam bahawa aku ingin menyertai kumpulan Ijam. Syukurlah, ahli kumpulannya sudi menerima aku. Secara rasmi, aku telah menjadi ahli kumpulan mereka. Lalu aku menambah mereka sebagai rakan Facebook. Mereka ialah Siti Manisah - Johor (Siti), Mastura Amin - Johor (Mas), Ahmad Fairuz - Kuantan (Fairuz) dan Ahmad Hazizan - Kuala Lumpur (Zizan).
Kepada Ijam, Siti, Mas, Fairuz dan Zizan,
Terima kasih kerana sudi menjadi rakan kumpulan aku.....